Selamat Datang Ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig, Sebuah Persatuan Kebajikan Naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Yang Bertanggungjawab Menjaga Kebajikan Seluruh Mahasiswa/wi Di Bumi Mesir Khususnya Di Wilayah Zagazig, Syarqiyah Semoga Kunjungan Anda Akan Memberikan 1001 Keberkatan Kepada DPMZ Walau Tidak Kira Dimana Jua Anda Berada Ayuh Kita Sama-Sama Memperkasakan Thaqafah, Tarbiyah, Ukhuwah & Ekonomi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig Saf Barisan Kepimpinan DPMZ 08/09 Juga Mengucapkan Selamat Menghadapi Imtihan Fasa 1 Kepada Seluruh Warga DPMZ, Azhariyun Mahupun Perubatan Sebarang Komentar, Cadangan, Kemusykilan Mengenai Apa Jua Berkaitan Dengan DPMZ, Sila Emailkan Kepada komuniti_dpmz@yahoo.com.my

[ UTAMA ][ SAF KEPIMPINAN ][ GALERI GAMBAR ][ HISBAH & BAIT MUSLIM DPMZ ][ TV DPMZ ][ PMRAM ][ HEWI PMRAM ]

Photobucket
Bersamamu DPMZ
Baju
Photobucket
Dana Bakti
dana bakti baru
Laman Akhbar

 

 

Laman Pilihan

 

 

Menjulang Bakti
Usul tergempar DPMZ : Mana satukah perlu kita perkasakan, perkuatkan dan perkukuhkan pembawakan DPMZ pada tahun ini ?
Ukhwah
Thaqafah dan Ilmu
Tarbiyah
Ekonomi
  
Usul DPMZ : Bagaimana untuk memastikan kesatuan dikalangan ahli terus t'jamin, t'jalin dan t'laksana demi melihat Islam itu dijulang
Kerapkan Ziarah
Menganjurkan Konvesyen Sempena 16 tahun DPMZ
Perkasa dan Mantapkan Usrah DPMZ
Banyakkan program-program yang berbentuk simposium dan kolokium
Banyakkan program-program dengan taakhi BKAN dan DPM
  
Pemakaian Wanita : Aurat Muslimah
Wednesday, February 18, 2009
posted by Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig @ 3:56 AM   0 comments
Unit Hisbah DPMZ & Pelaksanaannya
posted by Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig @ 2:45 AM   0 comments
Masyru'iyyatul Al-Hisbah
Wednesday, December 24, 2008

Sesungguhnya pengutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul oleh Allah adalah antara lainnya untuk ditaklifkan ke atas mereka tugas dan tanggungjawab menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, maka menjadi tanggungjawab yang besar bagi umat manusia melaksanakan tugas menegak ma'ruf dan mencegah yang mungkar. kenyataan di atas menunjukkan betapa perlunya diberi keutamaan dalam melaksanakan tugas-tugas hisbah.

Firman Allah bermaksud :

‘Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk manfaat di kalangan manusia, Yaitu, selama mana kamu tetap berpegang pada prinsip al-amr bil al-ma’ruf wa al-nahy an’ al-mungkar dan beriman sesungguhnya kepada Allah.... »’(surah al-imran 110)

FirmanNya lagi yang bermaksud :

‘Sesungguhnya Allah memerintah kamu, wahai org2 yg beriman utk menyampaikan segala amanah Allah atau amanah org lain kepada yg berhak secara adil,dan (menyuruh kamu) apabila menetukan suatu keputusan hukum di antara manusia supaya berlaku adil..... »’ (surah an-nisa 58)

Manakala hujah yang menyokong masyru‘iyyatul al-hisbah ialah :

  • Amar ma'aruf dan Nahi mungkar merupakan tugas Nabi-nabi dan Rasul-rasul
  • Melaksnakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat Sayyidil-Mursyalin
  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang beriman
  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang salih
  • Sekiranya tugas dan tanggungjawab hisbah dilaksanakan maka terlaksanalah segala kebaikan
  • Amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan bagi mereka yang diberi kuasa di atas muka bumi ini
  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan faktor kepada kejayaan didunia dan di akhirat
  • Amar ma'ruf nahi mungkar merupakan dua ciri penting dalam pengertian Islam
  • Amar ma'ruf nahi mungkar yang dilakukan di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang paling baik
  • Membunuh orang-orang yang menjalankan tugas amar ma'ruf nahi mungkar merupakan kesalahan yang amat besar
  • Manakala orang yang menjalankan tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar ini diberi ganjaran yang sebesar-besarnya
  • Melaksanakan tugas menyeru yang ma'ruf dan menghalang kemungkaran menjadi sebab kepada penghapusan dosa-dosa kecil


WAJIBNYA HISBAH

Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksana tugas-tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usaha dan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.

Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Maka bersandarkan kepada nas-nas di atas, para ulama' berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu. Antara mereka ialah ada yang menyatakan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan dua fardhu dari fardhu-fardhu Allah manakala Abu Bakar al Jassas berpendapat Allah memperkuatkan kefarduannya dalam beberapa ayat manakala Rasul-Nya pula menjelas melalui hadith-hadith yang mutawatir darinya. Oleh itu dalil wajibnya melaksanakan hisbah bersandarkan kepada :

  • Arahan Allah dan Rasul-Nya
  • Iman dan Hisbah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan
  • Antara yang menjadi syarat kepada bai'ah ialah memberi nasihat sesama muslim
  • Antara syarat mendapat kejayaan ialah melaksanakan kerja-kerja hisbah
  • Meninggalkan tanggungjawab hisbah dianggap bersekutu dalam melakukan kemungkaran dan dosa bersama-sama pelakunya
  • Amaran keras dengan azab Allah disebabkan meninggalkan kerja-kerja hisbah
  • Turunnya azab Allah diakibatkan kerana meninggalkan hisbah.
posted by Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig @ 11:56 PM   0 comments
Biah Solehah
biah solehah
Artikel Terkini
Arkib
Pengajian Tafaqquh / Madrasah Imam Syafie



Sabtu : Us Azrul Ismail(Kitab At-Tibyan), 7.00 pagi


Ahad : Us Juzaili Juhan(Kitab Awail Sunbuliyah & Taqriratus Saniah), selepas Zohor


Isnin : Us Khairi Abdullah(Fathul Qorib Bab Munakahat), 7 pagi & Us Hairul Nizam(Syarah Waraqat), selepas Zohor


Selasa : Us Nazrul Nasir(Fathul Qorib Bab Ibadat), selepas Magrib


Rabu : Us Khairul Anwar(Risalah Mua'wanah), jam 7 pagi & Us Abdullah Mukhlis(Qiraat), selepas Isyak


Khamis : Us Khairul Aiman(Jauharah Tauhid), jam 7 pagi


Pengajian Bulanan(sebulan sekali) bersama Us Syed Abd Kadeer(pengajian Sirah)


Sebarang perubahan akan dimaklumkan, dan akan disebar melalui KOMUNITI DPMZ



Pengumuman



Untuk pengetahuan ahli, tempahan sewa trenko ke mathor ialah LE 170, berkuatkuasa 1 Jun 2008. Urusan tempahan boleh berhubung dengan Unit Sambutan & Rehlah


Perhatian! Kepada sesiapa yang ingin membuat bayaran yuran tahunan DPMZ,sila hubungi Bendahari DPMZ


DPMZ menjemput seluruh ahli DPMZ untuk menjadi teman di Yahoo Messenger DPMZ dengan menggunakan ID : komuniti_dpmz


Kepada sesiapa yang ingin menghantar sebarang artikel atau iklan untuk disiarkan di dalam Al-Bayan,sila hantar terus ke alamat upp.dpmz@gmail.com Penyertaan anda amatlah dialu-alukan



Aktiviti Terdekat



Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2008 (SHAHADAH 08') di Dewan Dar As-Salam, jam 8.30 pagi, hari raya kedua iaitu 9hb Disember 2008 (Selasa)


Ibadah sembelih korban 3 ekor unta pada hari raya pertama 8hb Disember 2008, 8 pagi, berdekatan Dewan Dar as-Salam.


Program sudah tawaquf, hanya program yang berkaitan dengan kuliah dan study group sahaja



Skeza
skeza
Kunjungan
Photobucket